600++

Pelarian/Imigran: Adakah Orang Kita Betul-betul Berkeupayaan?
Dalam hantaran sebelum ini Srikandi ada menyatakan bahawa sepanjang pengalaman pahit dan masam dalam menangani karenah pendatang asing, terbukti kita sebenarnya tidak mampu, tidak seperti negara lain, contohnya Indonesia atau Thailand yang bijak mendisiplinkan penduduknya supaya berpayung pada satu bahasa, satu sistem pendidikan dan satu identiti negarabangsa. Jika tidak mahu pisang berbuah dua kali, ukurlah baju di badan sendiri.
Ini fakta, orang kita masih belum bersedia dan berkeupayaan untuk menghadapi arus imigran yang lebih bermotivasi untuk meneruskan kelangsungan, lebih bijak dalam persaingan dan lebih agresif dalam menguasai dan menjajah. Ini berbanding orang kita, yang sudah lama duduk dalam zon selesa. Walaupun zon selesa itu sebenarnya sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang atau cukup-cukup makan sahaja seperti kebiasaannya pada miskin bandar.
Fikirkan, selepas merdeka dari penjajah British, kita ada lebih kurang 1 juta imigran yang kemudiannya diterima sebagai warganegara oleh orang-orang Melayu yang tersangatlah baik hati dan kemanusiaan itu. Tidak ada bangsa dalam dunia yang sebaik hati orang Melayu yang ketika itu bukanlah kaya raya, malah paling termiskin dan papa kedana berbanding para imigran itu.
Tidak cukup dengan itu, orang Melayu benarkan mereka memiliki sekolah berasaskan perkauman malah kini ada UEC yang pakai sistem luar dan di sana juga ada sekolah-sekolah persendirian. Sistem ini akhirnya menghasilkan apa yang disebut sebagai ‘bangsa D4P’ yang akhirnya mempersoalkan orang Melayu sebagai pribumi di sini dan golongan ultrakiasu yang cemburu dengan aset-aset Melayu-Bumiputra dan mahu apa yang di tangan kita dalam perlembagaan dikongsi samarata dengan mereka. Amat sedikit yang benar-benar menghayati hidup sebagai warganegara Malaysia dan ini jelas, amat jelas apabila statistik pilihanraya menyatakan mereka majoritinya mengundi D4P.
Anehnya, kita seperti tidak berkeupayaan membetulkan kepincangan ini. Sama ada para pemimpin Melayu telah dirasuah ataupun mereka takut diancam keselamatan keluarga mereka.
‘Bangsa D4P’ amat licik dan cekap untuk menambahkan populasi mereka seperti ini: https://www.sinarharian.com.my/article/61655/BERITA/Jenayah/680-warga-China-ditangkap-di-Cyberjaya-akan-didakwa-esok
Beratus-ratus malah beribu-ribu pelarian diseludup dan bekerja di negara kita tanpa sedar dan diberikan kad pengenalan melalui orang dalam, contohnya seperti ini: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/606273/6-lelaki-termasuk-penolong-pengarah-jpn-pulau-pinang-didakwa
Itu yang terkantoi. Yang belum terkantoi? Berapa banyak? Berapa ramai?
Malah, perbuatan menjual negara ini dibela oleh para peguam mereka, seperti ini: https://malaysiagazette.com/2019/09/18/kenapa-rayer-bela-tertuduh-kes-sindiket-jual-mykad/
Sedarkah anda berapa populasi pendatang asing yang masuk dengan cara ditaja begini sekarang? Pendatang asing yang tidak tahu bercakap bahasa kebangsaan tapi memiliki IC dan mampu mengubah siapa pemimpin negara dengan undi mereka.
Mereka yang ramai ini, kita tidak mampu untuk mengawalnya. Mereka ada sekolah sendiri, hidup berkelompok-kelompok seperti dalam ghetto dan tidak bercampurgaul dengan orang Melayu.
Pendatang asing juga bijak berniaga dan mengambil peluang, tidak seperti kebanyakan dari kita. Mereka agresif dan tidak peduli undang-undang dan ini menakutkan penguatkuasa kita. Ada yang sanggup merasuah pihak-pihak tertentu. Mereka memiliki rangkaian kedai, menguasai pasar borong dan kawasan perniagaan tertentu. Ini realiti, bagaimana pendatang asing cepat menjadi kaya dan menguasai perniagaan sedangkan kita pribumi sini dan masih majoriti? Adakah orang kita tidak cekap mengambil peluang seperti pendatang asing ini? Sungguh, kita belum berkemampuan menghadapi persaingan dengan mereka dari segi ekonomi.
Warga asing mampu membina rumah setinggan yang mewah dan cukup kemudahan tanpa diganggu pihak berkuasa. Ini aneh. Contohnya seperti kes ini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/577251/isu-bukit-malut-akan-diselesaikan-sebelum-membengkak
Jika warga tempatan bina rumah setinggan begini, yang peliknya cepat aje datang jentolak meranapkan rumah. Apabila sudah banyak sampai berkampung-kampung rumah setinggan warga asing ini, kerajaan sudah menjadi pening dan akhinya dibiarkan sahaja atau diberi taraf kerakyatan.
Rumah dah ada, kerja ada dan bila sudah kaya-raya dan banyak wang, para lelaki mereka mampu meminang anak dara atau janda orang tempatan dan para lelaki bujang warga tempatan hanya menggigit jari melihatkan gadis-gadis tempatan bersuamikan warga asing dan ada di antara mereka membujang sehingga ke tua kerana lambat mengumpul wang.
Formulanya jelas: jika sudah ramai, mereka ada cukup kekuatan untuk buat apa saja. Orang kita biasanya mahu hidup aman damai. Namun pendatang makin mendesak ruang dan pekerjaan. Orang kita selalu menyimpan sabar dan sampai masa akan meletup. Bila meletup, orang kita akan disalahkan kononnya bersikap rasis dan ‘tidak kemanusiaan’. Tapi, siapakah yang mahu mendengar luahan hati yang terpendam di hati paling dalam itu di kalangan orang kita?
Kita bukan seperti orang Indonesia yang kuat mempertahankan bahasa dan sistem pendidikan mereka. Kita bukan seperti orang Thailand yang tegar mempertahankan bahasa, budaya dan identiti negara malah prestij raja-raja mereka. Keupayaan mereka ini dalam ketegasan sikap dan kekuatan JATIDIRI membuatkan mereka mudah mengawal penduduk negara masing-masing.
Kita bukan seperti orang Amerika, Eropah, Jepun atau Korea Selatan yang penduduk tempatannya menguasai ekonomi dan perniagaan. Ekonomi kita tidak sampai 30% dan selebihnya dimiliki kaum lain. Ekonomi kita rapuh dan masih dalam program pengukuhan akibat kesan diskriminasi ekonomi penjajah British. Adakah kek ekonomi kita yang tak sampai 30% itu mahu dikongsikan lagi kepada imigran baru? Sebab itu, apabila bantuan petani, nelayan dan peladang Melayu dipotong atau ditiadakan, kita akan membaca keluhan-keluhan mereka. Maksudnya, ekonomi sendiri masih gayat dan tidak berdiri kukuh.
Kita diserang luar dan dalam. ‘Bangsa D4P’ sedang menambah populasi untuk menguasai undi pilihanraya akan datang. Imigran luar berpusu-pusu masuk pula. Jika kita masih mengulangi kebodohan yang sama dan bersikap sambil lewa, generasi imigran baru tidak mustahil akan menghasilkan ‘another bangsa D4P’ yang akan memijak kepala kita kelak dan menuduh kita sebagai pendatang pula. Kita jadi sasaran demi sasaran untuk dipergunakan sebab kelemahan kita dan malangnya, kita terlalu baik hati dan bertolak ansur pula!
Apa-apa pun…sebenarnya kita sudah penat dan tidak berkeupayaan menghadapi isu-isu imigran lagi. Cukuplah. Perlu ada kebijakan yang licik untuk melindungi negara kita dari dilema dan permainan isu pelarian/imigran ini.
Setiap perkara ada hadnya. Berbudi biar bertempat, buat baik berpada-pada.
*Ilmu-ilmu ghaib antipenjajahan begini boleh digali lebih mendalam dalam Kitab Raksa: https://bit.ly/2wKgRkt
~Srikandi
For Justice in History

ISU Rohingya.

MUSLIM ROHINGYA

Isu muslim Rohingya adalah lebih islami, lebih lama dan lebih besar dari satu kes terpencil sebilangan mereka berpiket baru² ni.

Seperti muslim di Palestin dan di Uigur, China, muslim Rohingya turut dijajah, ditindas, dibunuh, dihalau dan diperlakukan diluar batas kemanusiaan oleh regim tentera Burma Buddha yang dilatih 3000 komando Israel suatu masa dahulu.

Kisah mereka dibakar hidup², disembelih, diperkosa, dipisahkan anak dari ibu, larangan berkahwin, lockdown bertahun² dll, lebih menyayat hati berbanding kisah muslim di Palestin atau di Uigur.

Islam mewajibkan umat Islam memelihara 5 dharuriat iaitu Agama, nyawa, kehormatan, keturunan dan harta (Fiqh Islam). Oleh itu Islam mewajibkan umatnya berhijrah dari tempat mereka ditindas, ke tempat di mana Islam berkuasa. Firman Allah swt :

(إِنَّ ٱلَّذِینَ تَوَفَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ ظَالِمِیۤ أَنفُسِهِمۡ قَالُوا۟ فِیمَ كُنتُمۡۖ قَالُوا۟ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِینَ فِی ٱلۡأَرۡضِۚ قَالُوۤا۟ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَ ٰ⁠سِعَةࣰ فَتُهَاجِرُوا۟ فِیهَاۚ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَسَاۤءَتۡ مَصِیرًا)
“Mereka yang dimatikan oleh Malaikat Maut, dalam keadaan menzalimi diri mereka sendiri (kerana tidak berhijrah). Malaikat bertanya, ‘Kenapa kamu (tidak berhijrah lalu tidak dapat mengamalkan Islam sepenuhnya)?’. Mereka menjawab, ‘Kami dulu ditindas di muka bumi’. Malaikat berkata, ‘Tidakkah bumi Allah luas, kamu dapat berhijrah di sekitar pelusuknya (ke negara umat Islam lain)’. Tempat mereka adalah Nerakan Jahannam (kerana merelakan diri ditindas dan tidak dapat mengamalkan Islam sepenuhnya). Neraka itu seburuk² tempat” [Surah An-Nisa’ 97].

Umat Islam adalah adik beradik. Firman Allah swt (إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةࣱ فَأَصۡلِحُوا۟ بَیۡنَ أَخَوَیۡكُمۡۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ) bermaksud, “Orang-orang beriman adalah adik beradik. Maka damaikanlah dikalangan adik beradik kamu. Bertaqwakan kamu kepada Allah supaya kamu dirahmati Allah” [Surah Al-Hujurat 10].

Allah swt berfirman bahawa orang-orang beriman di tanah Islam berkuasa hendaklah menyambut muslim tertindas yang datang berhijrah kepada nya. FirmanNya :

(وَٱلَّذِینَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِیمَـٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ یُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَیۡهِمۡ وَلَا یَجِدُونَ فِی صُدُورِهِمۡ حَاجَةࣰ مِّمَّاۤ أُوتُوا۟ وَیُؤۡثِرُونَ عَلَىٰۤ أَنفُسِهِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِهِمۡ خَصَاصَةࣱۚ وَمَن یُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ)
“Mereka yang menyediakan Negara dan Iman (kasih sayang) sebelum mereka. Mereka suka kepada orang yang berhijrah kepada mereka. Mereka tak simpan dalam hati mereka sesuatu kepentingan dari apa yang mereka sumbangkan (kepada orang yang datang berhijrah). (Bahkan) mereka mengutamakan penghijrah itu lebih dari diri mereka sendiri, walaupun mereka dalam kesusahan. Siapa yang terselamat dari kebakhilan dirinya, maka mereka orang² yang berjaya” [Surat Al-Hashr 9].

Banyak petunjuk rabbani (ilahi) dari 2 ayat di atas. Saya ambil beberapa sahaja darinya iaitu :

1- Siapa tak sayang tanah air sendiri. Nabi saw dan para Muhajirin ra sendiri merindui Mekah, kampung halaman dan tanah tumpah darahnya. Tapi mereka wajib berhijrah dari bumi ditindas kafir ke bumi kuasa Islam tertegak.

2- Bila ada “hijrah” di dalam Al-Quran, maka Hijrah akan terus berlaku sepanjang zaman untuk Allah menilai siapa muslim yang sanggup menyediakan kasih sayang dan tempatnya untuk muslim yang datang berhijrah. (Jangan dikelirukan dengan hadis Tiada hijrah para Sahabat ra selepas Pembukaan Mekah لا هجرة بعد الفتح).

3- Menolong sungguh² dengan penuh ikhlas, sehingga Allah sifatkan pihak yang menolong tiada apa-apa kepentingan pun dari sumbangan yang dia berikan kepada penghijrah. وَلَا یَجِدُونَ فِی صُدُورِهِمۡ حَاجَةࣰ مِّمَّاۤ أُوتُوا۟

4- Mengutamakan penghijrah lebih dari diri sendiri, walaupun diri dalam keadaan susah وَلَوۡ كَانَ بِهِمۡ خَصَاصَةࣱۚ, walau negara sendiri sedang ditimpa Coronavirus sekalipun. Melebihkan saudara seIslam melebihi diri sendiri dipanggil Ithar الايثار. Ia adalah tahap Ukhuwah yang paling tinggi dalam Islam.

5- Allah menyifatkan mereka yang tidak menolong penghijrah yang tertindas sebagai orang شُحَّ نَفۡسِهِۦ yang bakhil dan kedekut. Ada duit berkepuk dalam bank, kereta 2-3 buah, rumah, tanah, tapi tidak menoleh pandangan ke arah penghijrah sehelai sepinggang meredah lautan bergelora.

6- Orang yang menolong menyediakan Iman (kasih sayang) dan tempat bagi muslim tertindas, tidak bakhil akan diberi status oleh Allah sebagai ٱلۡمُفۡلِحُونَ iaitu orang2 yang BERJAYA di dunia dan Akhirat. Siapa di antara kita nak berjaya di Akhirat dengan beroleh Syurga kekal abadi dan keredhaanNya ?

Tragedi muslim Rohingya telah berlangsung sejak berdekad-dekad lalu. Negara² Islam termasuk Malaysia dan ngo-ngo Islam telah memainkan banyak peranan membantu mereka di sana maupun di Tanahair kita. Ia patut diteruskan.

Muslim Rohingya mempunyai ramai ulama dan para hafiz. Di Malaysia ramai mereka yang menjadi guru-guru hafiz di tahfiz-tahfiz kita. Terdapat masjid dan surau yang mendapatkan khidmat imam hafiz muslim Rohingya sepanjang bulan Ramadan.

Kes terpencil kumpulan berpiket dalam tempoh Lockdown mungkin usaha pihak tertentu untuk mengalih perhatian jauh dari isu 50,000 pelancung China yang tinggal terus di Malaysia dan tak balik balik ke negara mereka dan kes jualan kad pengenalan yang sedang berjalan.

Menjadi tanda tanya besar dalam isu ini :

1- Siapa Zafar Ahmad ni sebenarnya ? Siapa yang beri dia jawatan kononnya “Presiden orang-orang Rohingya” ?

2- Muslim Rohingya tidak memiliki satu pun pertubuhan yang mewakili semua mereka di Malaysia, maupun di serata dunia. Di Mekah sendiri ada beberapa pertubuhan muslim Rohingya, dan bukan satu. Maka Zafar Ahmad ni dari pertubuhan apa ?

3- Tulisan “strategi bawa masuk 300 orang ke Malaysia, kemudian, 300 orang lagi, kemudian 300 orang lagi” , saya lihat seperti tulisan tangan orang Malaysia terpelajar, dan bukan tulisan orang Rohingya yang tertindas. Ia mungkin bikinan cybertroopers.

Apa sahaja isu yang berbangkit, kita umat Islam hendaklah merujuk dan mengaitkan isu itu dengan Al-Quran dan Al-Sunnah terlebih dahulu dari Facebook dan cybertroopers yang mengapi-apikan isu. Mereka bekerja siang malam demi mencapai tujuan² tertentu.

Kepada Allah jua kita panjatkan doa keselamatan buat muslim Rohingya dan umat Islam yang tertindas di serata dunia. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
Lockdown 23/4/2020

Follow Us.Halim telegram channel : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah

IC Palsu.

PIHAK TERTENTU & RBA CUBA ALIHKAN ISU ROHINGYA DAN LUPAKAN ISU KAD PENGENALAN PALSU

Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia ( KPPUM )
Telah Membuat Satu Laporan Polis Berkaitan Hal Isu IC Palsu Ini Pada – 20 April 2020 Yang lalu Di IPD Kuala Muda Sg Petani Kedah.
Timbalan Presiden KPPUM
Sdr Zamil Ibrahim Sendiri Yang Membuat Laporan Tersebut Dengan Maksud Mendesak Kerajaan Malaysia Menukar Segera IC Sekarang Ke IC Baru Dengan Pengawasan Yang Ketat Termasuk Melihat Sendiri Di Bahu Kiri & Kanan Pemegang IC Samaada Ada Atau Tidak Suntikan BCG Sewaktu Kanak Kanak., Serta Menemuduga Pemegang IC Dengan Beberapa Soalan Asas Tertentu. Ini Penting !

ISU ROHINGYA CUBA DIMAINKAN @ DI FB DATO SERI NAJIB ( BOSSKU ) ADA HURAIANNYA
Mereka2 Ini ( Kumpulan Rohingya ) Agak Mudah Untuk Pihak Berkuasa Jejaki Mereka Tambahan Pulak Pengerusi Mereka – Sdr Zahar Ahmad Abdul Ghani Diketahui Berada Dimana Berbanding Pendatang2 Asing Yang Miliki IC / Pasport Palsu Yang kita Tidak Ketahui Mereka Berada Di Mana Termasuk Difahamkan Mereka2 Ini Juga Berada Didalam Rumah2 Rakyat Malaysia Yang Sebangsa Dengan Mereka., Akan Dikatakan Saudara mereka Jika Pihak Berkuasa Terserempak Atau Membuat Pemeriksaan .
Ini Kerana , Mereka Beranggapan Mereka Telah Ada IC . Kita Katakan Palsu Namun IC Yang Ada Ditangan Mereka Adalah Tulen !!.

MENGEJUTKAN
” Saya Ingin Penjelasan Dari Ketua Pengarah JPN – Datok Ruslin Jusoh “,
Adakah Benar Sejak 2015 hingga Penghujung 2019 ( Mendadak Antara Ogos 2018 – Dis 2019 ) –
Sebanyak 1, 319, 979 Kad Pengenalan Hilang Akibat Cuai Serta Hilang Akibat Jenayah…? Adakah Ini Kenyataan Yang Pernah Datok Buat Baru2 Ini ?
INI AMAT MEMBIMBANGKAN NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA WAJIB MERASAKAN KEBIMBANGAN INI….

AYUH RAKYAT MALAYSIA……
Sama Sama Kita Membuat Laporan Polis Di Balai2 Polis Yang Berdekatan Dengan Anda.
Kalian Hanya Perlu Luahkan Apa Yang Perlu Dan Minta Pihak Balai Polis Tersebut Rujuk :

Sg Petani Rpt/IPD Kuala Muda,
010266/20

Kita Usaha Sedaya Upaya Kita Sebagai Rakyat Malaysia Yang Cintakan Tanah Air Agar Dapat Menbendung Wabah IC Palsu Ini Terus Menular Di Bumi Malaysia Ini.
KITA DESAK KERAJAAN TUKAR IC SEGERA!!!

Zamil Ibrahim
Timbalan Presoden KPPUM
25 April 2020 / 2 Ramadhan
Stay At Home , Sg Petani
Kedah.

#KPPUM
#MUAFAKAT NASIONAL
Siri Ke 4 / 25/20 KPPUM / Zamil
Klip Video 4 IC Palsu