Pelarian/Imigran: Adakah Orang Kita Betul-betul Berkeupayaan?
Dalam hantaran sebelum ini Srikandi ada menyatakan bahawa sepanjang pengalaman pahit dan masam dalam menangani karenah pendatang asing, terbukti kita sebenarnya tidak mampu, tidak seperti negara lain, contohnya Indonesia atau Thailand yang bijak mendisiplinkan penduduknya supaya berpayung pada satu bahasa, satu sistem pendidikan dan satu identiti negarabangsa. Jika tidak mahu pisang berbuah dua kali, ukurlah baju di badan sendiri.
Ini fakta, orang kita masih belum bersedia dan berkeupayaan untuk menghadapi arus imigran yang lebih bermotivasi untuk meneruskan kelangsungan, lebih bijak dalam persaingan dan lebih agresif dalam menguasai dan menjajah. Ini berbanding orang kita, yang sudah lama duduk dalam zon selesa. Walaupun zon selesa itu sebenarnya sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang atau cukup-cukup makan sahaja seperti kebiasaannya pada miskin bandar.
Fikirkan, selepas merdeka dari penjajah British, kita ada lebih kurang 1 juta imigran yang kemudiannya diterima sebagai warganegara oleh orang-orang Melayu yang tersangatlah baik hati dan kemanusiaan itu. Tidak ada bangsa dalam dunia yang sebaik hati orang Melayu yang ketika itu bukanlah kaya raya, malah paling termiskin dan papa kedana berbanding para imigran itu.
Tidak cukup dengan itu, orang Melayu benarkan mereka memiliki sekolah berasaskan perkauman malah kini ada UEC yang pakai sistem luar dan di sana juga ada sekolah-sekolah persendirian. Sistem ini akhirnya menghasilkan apa yang disebut sebagai ‘bangsa D4P’ yang akhirnya mempersoalkan orang Melayu sebagai pribumi di sini dan golongan ultrakiasu yang cemburu dengan aset-aset Melayu-Bumiputra dan mahu apa yang di tangan kita dalam perlembagaan dikongsi samarata dengan mereka. Amat sedikit yang benar-benar menghayati hidup sebagai warganegara Malaysia dan ini jelas, amat jelas apabila statistik pilihanraya menyatakan mereka majoritinya mengundi D4P.
Anehnya, kita seperti tidak berkeupayaan membetulkan kepincangan ini. Sama ada para pemimpin Melayu telah dirasuah ataupun mereka takut diancam keselamatan keluarga mereka.
‘Bangsa D4P’ amat licik dan cekap untuk menambahkan populasi mereka seperti ini: https://www.sinarharian.com.my/article/61655/BERITA/Jenayah/680-warga-China-ditangkap-di-Cyberjaya-akan-didakwa-esok
Beratus-ratus malah beribu-ribu pelarian diseludup dan bekerja di negara kita tanpa sedar dan diberikan kad pengenalan melalui orang dalam, contohnya seperti ini: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/606273/6-lelaki-termasuk-penolong-pengarah-jpn-pulau-pinang-didakwa
Itu yang terkantoi. Yang belum terkantoi? Berapa banyak? Berapa ramai?
Malah, perbuatan menjual negara ini dibela oleh para peguam mereka, seperti ini: https://malaysiagazette.com/2019/09/18/kenapa-rayer-bela-tertuduh-kes-sindiket-jual-mykad/
Sedarkah anda berapa populasi pendatang asing yang masuk dengan cara ditaja begini sekarang? Pendatang asing yang tidak tahu bercakap bahasa kebangsaan tapi memiliki IC dan mampu mengubah siapa pemimpin negara dengan undi mereka.
Mereka yang ramai ini, kita tidak mampu untuk mengawalnya. Mereka ada sekolah sendiri, hidup berkelompok-kelompok seperti dalam ghetto dan tidak bercampurgaul dengan orang Melayu.
Pendatang asing juga bijak berniaga dan mengambil peluang, tidak seperti kebanyakan dari kita. Mereka agresif dan tidak peduli undang-undang dan ini menakutkan penguatkuasa kita. Ada yang sanggup merasuah pihak-pihak tertentu. Mereka memiliki rangkaian kedai, menguasai pasar borong dan kawasan perniagaan tertentu. Ini realiti, bagaimana pendatang asing cepat menjadi kaya dan menguasai perniagaan sedangkan kita pribumi sini dan masih majoriti? Adakah orang kita tidak cekap mengambil peluang seperti pendatang asing ini? Sungguh, kita belum berkemampuan menghadapi persaingan dengan mereka dari segi ekonomi.
Warga asing mampu membina rumah setinggan yang mewah dan cukup kemudahan tanpa diganggu pihak berkuasa. Ini aneh. Contohnya seperti kes ini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/577251/isu-bukit-malut-akan-diselesaikan-sebelum-membengkak
Jika warga tempatan bina rumah setinggan begini, yang peliknya cepat aje datang jentolak meranapkan rumah. Apabila sudah banyak sampai berkampung-kampung rumah setinggan warga asing ini, kerajaan sudah menjadi pening dan akhinya dibiarkan sahaja atau diberi taraf kerakyatan.
Rumah dah ada, kerja ada dan bila sudah kaya-raya dan banyak wang, para lelaki mereka mampu meminang anak dara atau janda orang tempatan dan para lelaki bujang warga tempatan hanya menggigit jari melihatkan gadis-gadis tempatan bersuamikan warga asing dan ada di antara mereka membujang sehingga ke tua kerana lambat mengumpul wang.
Formulanya jelas: jika sudah ramai, mereka ada cukup kekuatan untuk buat apa saja. Orang kita biasanya mahu hidup aman damai. Namun pendatang makin mendesak ruang dan pekerjaan. Orang kita selalu menyimpan sabar dan sampai masa akan meletup. Bila meletup, orang kita akan disalahkan kononnya bersikap rasis dan ‘tidak kemanusiaan’. Tapi, siapakah yang mahu mendengar luahan hati yang terpendam di hati paling dalam itu di kalangan orang kita?
Kita bukan seperti orang Indonesia yang kuat mempertahankan bahasa dan sistem pendidikan mereka. Kita bukan seperti orang Thailand yang tegar mempertahankan bahasa, budaya dan identiti negara malah prestij raja-raja mereka. Keupayaan mereka ini dalam ketegasan sikap dan kekuatan JATIDIRI membuatkan mereka mudah mengawal penduduk negara masing-masing.
Kita bukan seperti orang Amerika, Eropah, Jepun atau Korea Selatan yang penduduk tempatannya menguasai ekonomi dan perniagaan. Ekonomi kita tidak sampai 30% dan selebihnya dimiliki kaum lain. Ekonomi kita rapuh dan masih dalam program pengukuhan akibat kesan diskriminasi ekonomi penjajah British. Adakah kek ekonomi kita yang tak sampai 30% itu mahu dikongsikan lagi kepada imigran baru? Sebab itu, apabila bantuan petani, nelayan dan peladang Melayu dipotong atau ditiadakan, kita akan membaca keluhan-keluhan mereka. Maksudnya, ekonomi sendiri masih gayat dan tidak berdiri kukuh.
Kita diserang luar dan dalam. ‘Bangsa D4P’ sedang menambah populasi untuk menguasai undi pilihanraya akan datang. Imigran luar berpusu-pusu masuk pula. Jika kita masih mengulangi kebodohan yang sama dan bersikap sambil lewa, generasi imigran baru tidak mustahil akan menghasilkan ‘another bangsa D4P’ yang akan memijak kepala kita kelak dan menuduh kita sebagai pendatang pula. Kita jadi sasaran demi sasaran untuk dipergunakan sebab kelemahan kita dan malangnya, kita terlalu baik hati dan bertolak ansur pula!
Apa-apa pun…sebenarnya kita sudah penat dan tidak berkeupayaan menghadapi isu-isu imigran lagi. Cukuplah. Perlu ada kebijakan yang licik untuk melindungi negara kita dari dilema dan permainan isu pelarian/imigran ini.
Setiap perkara ada hadnya. Berbudi biar bertempat, buat baik berpada-pada.
*Ilmu-ilmu ghaib antipenjajahan begini boleh digali lebih mendalam dalam Kitab Raksa: https://bit.ly/2wKgRkt
~Srikandi
For Justice in History
